Thursday, August 27, 2009

KENALI MALAYSIA!!

>Malaysia adalah sebuah negara yang maju dan makmur. Walaupun Malaysia didiami bangsa-bangsa yang berlainan kaum tetapi rakyat masih hidup dalam keamanan.
Dari Zaman Pendudukan Jepun, diikuti dengan Zaman Darurat seterusnya mencapai kemerdekaan sehingga Zaman Teknologi ini negara kita telah menghadapi pelbagai masalah yang perlu dihadapi. Walau Bagaimanapun, di bawah pemimpin-pemimpin negara kita yang bijaksana tambah dengan perpaduan rakyat yang begitu erat, masalah-masalah telah dapat diatasi. Pemimpin-pemimpin negara ini perlulah kita dihargai dan disanjungi.
Kini, negara kita maju dalam pelbagai bidang. Setiap bidang telah diceburi oleh rakyat Malaysia. Itulah menunjukkan kepandaian rakyat negara kita, Malaysia. Inilah kebanggaan kita.
Rakyat negara kita bersatu-padu dan bersetia kepada Raja dan juga negara. Pemuda-pemudi bekerja bertungkus-rumus. Marilah bersama-sama menuju ke arah Wawasan 2020.

Yang dinyatakan berikut merupakan butir-butir yang mengenai Malaysia.
Ibu kota: Kuala Lumpur
Agama Rasmi: Agama Islam
Bangsa Utama: Orang Melayu, Cina dan India
Nama Bendera Malaysia: Jalur Gemilang
Nama Lagu Kebangsaan: NegaraKu
Bahasa Kebangsaan: Bahasa Melayu
Nama Lagu Kebangsaan: NegaraKu
Bunga Kebangsaan: Bunga raya
Perdana Menteri Pertama: Tunku Abdul Rahman
Tarikh kemerdekaan: 31/08/1957
Pemerintah Tertinggi: DYMM Yang di-Pertuan Agong
Negara Jiran: Singapura, Negara Thai, Indonesia, Filipina, Brunei Darussalam Tempat Letaknya Malaysia: Asia Tenggara
Sebahagian Perayaan: Hari Raya, Hari Kebangsaan, Tahun Baru Cina, Krismas, Hari Deepavali, Thaipusam, Chap Goh Mei, Perayaan Thaiponggal, Pesta Kaamatan, Pesta Lampu, Maulidur Rasul, Hari Wesak, Good Friday......
Bilangan Negeri: 14 buah negeri
Matawang: RM/Ringgit Malaysia
Kedudukan Garis Lintang: 1 darjah Utara hingga 7 darjah Utara
Kedudukan Garis Bujur: 110 darjah Timur hingga 119 darjah Timur
Purata Suhu: 20 darjah Celcius hingga 32 darjah Celcius
Keluasan Malaysia: 329,757 kilometer persegi
Keluasan Semenanjung Malaysia: 131,598 kilometer persegi
Keluasan Negeri Sabah: 73,710 kilometer persegi
Keluasan Negeri Sarawak: 124,449 kilometer persegi


-RUKUN NEGARA

>Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.
Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
· Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya
· Memelihara cara hidup demokratik
· Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama
· Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak
· Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden:
Ikrar
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
· Kepercayaan kepada Tuhan
· Kesetiaan kepada Raja dan Negara
· Keluhuran Perlembagaan
· Kedaulatan Undang-undang
· Kesopanan dan Kesusilaan

PENJELASAN PRINSIP RUKUN NEGARA

Kepercayaan kepada Tuhan

Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Keluhuran Perlembagaan

Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankankeluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

Kedaulatan Undang-Undang


Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

-PERLEMBAGAAN MALAYSIA

>Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.
Sejarah
Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957.
Ianya bermula dari satu persidangan perlembagaan telah diadakan di London 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang telah dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada Persekutuan Malaya, yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu ketua Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri-menteri lain, dan juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya.
Pindaan
Untuk meminda perlembagaan, satu majoriti dua pertiga (2/3) bersetuju kepada pemindaan ini memerlukan persetujuan pada kedua-dua pada kedua-dua dewan di parlimen. Merujuk kepada pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi, perlembagaan ini telah dipinda 42 kali semenjak 48 tahun selepas kemerdekaan sehingga 2005. Bagaimanapun, seperti mana beberapa pindaan telah dibuat setiap kali, beliau menganggarkan bilangan sebenar pindaan individu adalah pada sekitar 650. Beliau menjelaskan bahawa "semangat dokumen sebenar telah dicairkan".
Organisasi
Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian, setiap bahagian mengandungi satu atau lebih artikel yang relevan.
· Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan
· Bahagian 2 - Kebebasan asasi
· Bahagian 3 - Kewarganegaraan
· Bahagian 4 - Persekutuan
· Bahagian 5 - Negeri-negeri
· Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri
· Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan
· Bahagian 8 - Pilihanraya
· Bahagian 9 - Kehakiman
· Bahagian 10 - Perkhidmatan awam
· Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat
· Bahagian 12 - Am dan pelbagai
· Bahagian 13 - Peruntukan sementara
· Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya
· Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja
Artikel
Artikel 11
Artikel 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam merupakan Agama rasmi Persekutuan. Sungguh pun begitu setiap orang berhak mempraktikkan agamanya sendiri.

Artikel 152
Rencana utama: Artikel 152 Perlembagaan Malaysia
Artikel 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa kebangsaan merupakan bahasa Melayu. Walau bagimanapun, perlembagaan menjamin kebebasan pembelajaran dan penggunaan bahasa-bahasa lain, kecuali di atas tujuan-tujuan rasmi. Tujuan-tujuan Rasmi di sini bermakna apa-apa tujuan kerajaan, samada negara atau negeri, dan termasuklah apa-apa tujuan penguasaan awam. Untuk penguatkuasaan ini, semua prosiding mahkamah dan dokumen-dokumen parlimen dan mesyuarat-mesyuarat mesti dilakukan di dalam bahasa Melayu.
Tulisan rasmi bagi bahasa Melayu juga dinyatakan di dalam Artikel 152 sebagai rumi atau tulisan Latin. Walau bagaimanapun, penggunaan Jawi tidak dilarang.
Artikel 153
Rencana utama: Artikel 153 Perlembagaan Malaysia
Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Malaysia. Artikel ini secara terperinci memberitahu bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia biasa dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial.
Artikel 160
Rencana utama: Artikel 160 Perlembagaan Malaysia
Article 160 mendefinisikan bentuk perkataan pelbagai yang digunakan di dalam perlembagaan. Ia memberikan impak penting pada Islam di Malaysia dan orang Melayu disebabkan definisi seorang Melayu pada klausa 2.


-BENDERA MALAYSIA



Apakah yang dapat bendera Malaysia dilambangkan?
>Bendera merupakan suatu simbol dan identiti bagi sesebuah negara. Setiap negara mempunyai bendera yang tersendiri untuk mewujudkan perasaan yang bangga terhadap negera sendiri. Bendera Malaysia menggambarkan penyatuan negeri-negeri dan perpaduan rakyat Malaysia dengan kerajaan.

Jelaskan perlambangan yang terdapat pada bendera Malaysia.
>Pada bendera Malaysia, terdapat 14 jalur yang berwarna merah putih dan 14 bucu pada bintang melambangkan 13 negeri digabungkan dan Wilayah Persekutuan. Bulan sabit pula tanda agama Islam sebagai agama rasmi. Warna putih melambangkan kesucian dan warna kuning melambangkan kedaulatan Raja-raja Melayu. Warna merah pula melambangkan keberanian.


-LAMBANG MALAYSIA



>Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima belah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu). Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pualu Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri itu adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang; merah dan kuning warna Selangor; hitam, putih dan kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penupang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu dipakai dalam Lambang Malaysia. Cogan - Besekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Di Raja Yang Maha Mulia Raja-Raja.

-BUNGA KEBANGSAAN



>Apakah bunga kebangsaan bagi negara Malaysia dan apakah perlambangan tersebut?
Bunga Kebangsaan Malaysia ialah bunga raya yang mempunyai 5 ranggi atau petal dan berwarna merah. Wana merah pada bunga raya melambangkan keberanan dan perpaduan rakyat Malaysia.


PETA MALAYSIA





NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur




Bendera ini berteraskan bendera kebangsaan yang berjalur putih dan merah. Warna biru tua bersama bintang serta bulan sabit berwarna kuning. Unsur-unsur ini tidak dapat dipisahkan memandangkan Kuala Lumpur adalah Ibu Negara Malaysia dan juga Wilayah Persekutuan.
14 jalur merah dan putih (melintang) menandakan keanggotaan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Bulan sabit dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi. Bintang berbucu 14 melambangkan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertindak sebagai Pusat Kerajaan dan pentadbiran.
- Warna biru tua di bahagian tengah melambangkan perpaduan wargakota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berbilang kaum.
- Warna merah melambangkan keberanian, kegagahan sebuah bandaraya dalam menghadapi cabaran ke arah pembangunan bandaraya kosmopolitan yang dinamik dan berprogresif.
- Warna kuning melambangkan kedaulatan dan kemakmuran Kuala Lumpur.
- Warna putih melambangkan keluhuran, kebersihan dan keindahan bandaraya dalam taman bercahaya.

>Luasnya kira-kira 243 km persegi. Kuala Lumpur dijadikan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974. Merupakan Ibu Negara Malaysia.

14 jalur merah dan putih tanda 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bulan sabit dan bintang melambangkan Agama Islam. Bintang melambangkan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
Bendera Wilayah Persekutuan Putrajaya




Bendera baru bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah berasaskan dua (2) warna utama iaitu biru dan kuning.Warna biru melambangkan keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.Manakala warna kuning bendera adalah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.Logo Persekutuan melambangkan Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi tonggak pentadbiran negara yang baru dengan kekuatan dan semangat yang utuh dalam mengharungi era globalisasi dan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

>pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia bagi menggantikan Kuala Lumpur. Putrajaya, bandaraya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan (lihat peta).

>Dari sebuah tempat terpencil yang dikenali dengan nama Prang Besar, kawasan ini melonjak membangun dengan nama Putrajaya mulai 12 Oktober 1994. Berbanding dengan Kuala Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah, Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan budaya tempatan.

>Mula dibina pada 16 April 1995, Putrajaya akan menggunakan aplikasi teknologi maklumat (IT). Dengan terbinanya Putrajaya, suatu hari nanti Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjadi Bandar gergasi standing dengan Tokyo dan Yokohama di Jepun.

>Untuk mencapai matlamat ini, Wetland Putrajaya telah dibina untuk menyingkirkan sedimen dan membersihkan aliran permukaan yang tercemar sebelum ia memasuki tasik. Sesuai dengan lokasinya di tengah-tengah bandaraya, Wetland Putrajaya menjadi titik penting dalam membawa rakyat untuk bersama-sama mencapai matlamat dari segi rekreasi, pendidikan dan penyelidikan.

>Lokasinya yang berada ditengah-tengah Koridor Raya Multimedia, Putrajaya seluas 4,931 hektar ini dibangunkan dengan kos RM20.5 billion mengandungi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Perumahan, Kemudahan komersial, kemudahan sosial dan kemudahan keagamaan.

>Pada 10 Mei 1999, Kompleks Pejabat Perdana Menteri mula beroperasi di Putrajaya. Putrajaya menjadi penanda aras kepada pembangunan dan pentadbiran sesebuah bandar baik di peringkat dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.


WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Bendera Wilayah Persekutuan Labuan




Bendera ini mengandungi tiga jalur melintang yang sama lebar berwarna merah, putih dan biru dengan bulan bintang pecah empat belas berwarna kuning terletak di tengah bendera. Jalur-jalur merah, putih, biru dan bulan bintang berwarna kuning yang melambangkan warna Bendera Malaysia membawa makna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia. Bulan Bintang bermakna Agama Islam sebagai agama rasmi dan bintang pecah empat belas menggambarkan negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan bersatu dalam Persekutuan Malaysia.
Merah : Melambangkan keberanian bermakna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia.
Putih : Melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan dalam mempertingkatkan katahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia.
Biru : Melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum, hidup bersatu, aman makmur hormati serta berusaha untuk memajukan pembangunan ekonomi yang berasaskan sains dan teknologi.
Kuning : Melambangkan kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara.
Bulan Bintang : Bulan bintang berwarna kuning yang menjadi lambang keIslaman dan Kedaulatan Raja Berperlembagaan yang terletak di tengah-tengah dan mencakupi ketiga-tiga jalur (merah, putih, biru) menampakkan kestabilan dan kekuatan di dalam menyatukan lambang-lambang keberanian, kesucian dan perpaduan.

>merupakan daerah wilayah persekutuan kedua Malaysia. Pulau Labuan mempunyai keluasan 98 km2. Pulau Labuan terletak sekitar 10 km dari pantai Sabah, dan 2 1/2 jam penerbangan dari Kuala Lumpur, dan lima minit perjalanan bot ke Pulau Papan. Pulau Labuan telah diistiharkan sebagai pusat kewangan luar pantai (offshore financial centre) pada 1990 dan pelabuhan bebas cukai sejak 1956. Labuan mempunyai pelabuhan yang dalam dan besar, yang merupakan punca asal namanya pelabuhan atau "Labuhan".

Pulau Labuan juga mempunyai air yang jernih dan pantai berpasir sepanjang persisiran pantai, menjadikannya destinasi perlancongan yang baik. Pulau Labuan juga mempunyai perairan yang baik untuk aktiviti menyelam dan mempunyai empat destinasi penyelaman skuba.

SELANGOR DARUL EHSAN
Bendera Negeri Selangor



Empat bahagian yangberwarna kuning dan merah itu maksudnya daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan bintang pula ialah sebagai Agama Islam, iaitu agama rasmi negeri dan kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih.


> Selangor seluas 7956 km persegi dan mempunyai penduduk yang paling banyak di Malaysia. Selangor dibahagikan kepada Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Sepang, Petaling, Hulu Langat, Gombak, Hulu Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

LAMBANG NEGERI SELANGOR



> Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah Keris Pendek dan di Kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri. Tulisan Jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri. Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang dipakai sebagai iakt pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu.

KEDAH DARUL AMAN
Bendera Negeri Kedah



Merah ialah warna kebangsaan negeri Kedah yang turun temurun. Padi maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan. Anak bulan tanda negeri beragama Islam. Perisai pula maksudnya Raja (Kerajaan) sentiasa menjaga dan memelihara rakyatnya dan penduduk dalam negeri ini daripada kezaliman.

>Kedah merupakan salah sebuah negeri yang bersultan. Keluasan negeri kira-kira 9426 km persegi dan mempunyai lebih daripada 9 daerah iaitu Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Kulim, Bandar Baru, Sik, Pendang, Baling, Kuala Muda, Yan. Gunung Jerai merupakan gunung yang tertinggi di Kedah manakala Pulau Langkawi merupakan pulau yang terbesar di Kedah.

LAMBANG NEGERI KEDAH



Lengkaran itu maksudnya padi, tanaman utama negeri ini. Anak bulan tanda Agama Islam. Perisai pula tanda kekuasaan.


JOHOR DARUL TAKZIM
Bendera Negeri Johor




Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat. Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri. Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.

> Negeri Johor pernah diduduki oleh negeri Melaka apabila Melaka dirampas oleh Portugis pada tahun 1511. Keluasan tanah negeri sebanyak 18,986 km persegi dan merupakan negeri yang kedua banyak penduduk. Johor dibahagikan kepada 8 daerah iaitu Segamat, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kluang, Mersing, Batu Pahat dan Muar. Ibu kotanya terletak di Johor Bahru.

LAMBANG NEGERI JOHOR



Mahkota tanda D.Y.M.M. Raja Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau; sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam. Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini. Lukisan yang berbunga-bunga di sebelah bawah perisai maksudnya Gambir dan Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini.
"KEPADA ALLAH BERSERAH" ialah cogan negeri itu.

TERENGGANU DARUL IMAN
Bendera Negeri Terengganu




Latar belakang berwarna putih maksudnya D.Y.M.M. Sultan. Ia melingkungi tanah hitamyang bermakna rakyat - oleh itu bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.

>12,955 km persegi tanahnya. Terbahagi kepada 7 daerah iaitu Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman. Ibu kotanya di Kuala Terengganu.

Warna putih melambangkan sultan negeri tersebut. Anak bulan dan bintang melambangkan agama Islam.


LAMBANG NEGERI TERENGGANU



Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan pemerintahan Di Raja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri. Manakala di sebelah kanannya ialah Quran melambangkan Undang-undang. Buku Undang-undang di sebelah kiri pula melambangkan keadilan. Wali/Selampai melambangkan Alat-alat Istiadat Kebesaran.

PERAK DARUL RIDZUAN
Bendera Negeri Perak



Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.

>Nama Perak diperolehi daripada warna timah iaitu perak. Perak mempunyai keluasan kira-kira 21,000 km persegi. Perak dibahagikan kepada 9 daerah iaitu Kerian, Grik, Kuala Kangsar, Kinta, Batang Padang, Larut dan Matang, Hilir Perak, Manjung dan Perak Tengah. Sungai Perak merupakan sungai yang terpanjang di negeri Perak. Ibu negeri ialah Ipoh. Bandar diraja ialah Kuala Kangsar. Bandar-bandar lain adalah seperti Bidor, Tapah, Teluk Intan, Sungkai, Lumut, Taiping dan sebagainya.

LAMBANG NEGERI PERAK



Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga padi.Jata melambangkan Kedaulatan Raja.


KELANTAN DARUL NAIM
Bendera Negeri Kelantan



Latar belakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk, rakyat Raja. Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri ini.

>14,943 km persegi luas tanahnya. Stesen terminal kereta api di timur Semenanjung Malaysia terletak di negeri tersebut iaitu Tumpat. 10 daerah telah dibahagikan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Kuala Kerai, Machang, Pasir Putih, Bachok, Kota Bharu dan Gua Musang. Ibu kotanya di Kota Bharu. Sungai terpanjang di Kelantan ialah Sungai Kelantan.

Warna merah tanda kesetiaan rakyat negeri. Warna putih melambangkan kesucian Raja.


LAMBANG NEGERI KELANTAN



Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah tanda Islam. Dua pucuk meriam maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa sedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala Che' Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir kurun yang ke 14) yang kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu.
"BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN" ialah cogankata negeri ini.

NEGERI MELAKA DARUL AZIM
Bendera Negeri Melaka



Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera Persekutuan dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan, sementara anak bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda Agama Islam, agama negeri dan Malaysia.


>Negeri yang kedua kecil di Malaysia dengan keluasan tanah sebanyak 1650 km persegi. Melaka dibahagikan kepada 3 daerah iaitu Alor Gajah, Jasin dan Melaka Tengah. Sungai Melaka merupakan sungai yang terpanjang di negeri tersebut. Melaka diasaskan oleh Parameswara pada tahun 1400

LAMBANG NEGERI MELAKA



Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah negeri dalam Malaysia. Lima bilah keris maksudnya lima orang pahlawan termasyhur di Melaka pada zaman dahulu. Anak bulan dan bintang pecah lima tanda Agama Islam, agama rasmi negeri. Pokok Melaka ialah pohon dari mana negeri itu mendapat namanya. Dua ekor pelandok yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua iaitu pelandoklah yang telah menyebabkan Raja Melaka yang pertama mengambil keputusan untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya.

PULAU PINANG
Bendera Negeri Pulau Pinang



Warna biru muda maksudnya warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna putih maksudnya negeri Pulau Pinang yang aman damai. Warna kuning tanda kemakmuran. Pohon pinang ialh pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.

>Pulau Pinang merupakan negeri yang ketiga kecil selepas Melaka di Malaysia. Keluasannya kira-kira 1031 km persegi. Pulau Pinang mempunyai 5 daerah iaitu Barat Daya, Timur Laut, Utara, Tengah dan Selatan. Ibu negeri ialah George Town. Bandar-bandar lain yang terdapat di Pulau Pinang ialah Bukit Mertajam, Butterworth, Perai, Air Itam, Nibong Tebal, Kepala Batas, Bayan Lepas dan sebagainya. Terdapat satu Lapangan Terbang Antarabangsa di Bayan Lepas.

LAMBANG NEGERI PULAU PINANG



Pohon pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan Besar Pulau Pinang yang mempunyai dua (2) tiang dan empat (4) kabel yang menegakkan tiang tersebut. Dua (2) tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Empat (4) kabel pula menggambarkan empat (4) jenis keturunan di negeri ini iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.
Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima (5) tiap-tiap satu warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang.


NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Bendera Negeri Sembilan



Tanah kuning itu maksudnya D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna rakyat. Sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.

>Negeri Sembilan merupakan gabungan 9 buah negara yang kecil. Keluasan Negeri Sembilan kira-kira 6645 km persegi dan dibahagi kepada 7 daerah. Antaranya ialah Jelebu, Jempul, Tampin, Kuala Pilah, Rembau, Port Dickson dan Seremban. Ibu kotanya ialah Seremban. Bandar-bandar yang lain adalah seperti Rembau, Kuala Pilah, Titi, Tampin dan Gemas. Persimpangan landasan kereta api timur barat Semenanjung Malaysia terletak di negeri itu iaitu Gemas.

LAMBANG NEGERI SEMBILAN



Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam Gabungan Negeri Sembilan yang lama. Warna merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa yang lalu dengan British. Warna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang. Warna kuning maknanya Yang Di Pertuan Besar. Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam gabungan lama. Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan. Di tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda Kebesaran Yang Di Pertuan Besar.


PAHANG DARUL MAKMUR
Bendera Negeri Pahang



Bendera negeri Pahang Darul Makmur mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam di bawah. Kedua-duanya sama lebar.
Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara.
Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada Raja sebagai negeri beraja dan berdaulat.

>Negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Sunyai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia iaitu Sungai Pahang terletaknya di Pahang. Luasnya kira-kira 35,965 km persegi. Ibu kotanya ialah Kuantan. Tasik semulajadi yang terbesar di Malaysia iaitu Tasik Bera terletak di Pahang. Pahang dibahagikan kepada 9 daerah iaitu Tanah Tinggi Cameron, Temerloh, Raub, Bentong, Rompin, Kuala Pahang dan Kuantan.



LAMBANG NEGERI PAHANG




PERLIS INDERA KAYANGAN
Bendera Negeri Perlis



Warna kuning maksudnya D.Y.M.M. Raja. Warna biru maksudnya rakyat. Bendera itu maknanya kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat baginda.

LAMBANG NEGERI PERLIS



Lengkaran padi itu maksudnya pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi. Perisai tanda kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya.


SABAH NEGERI DI BAWAH BAYU
Bendera Negeri Sabah



Bendera Negeri Sabah berbentuk empat persegi bujur pada kada 1 : 2. Petak utama dalam bendera ini luasnya separuh bendera dan buka lebarnya 2/3 bendera. Petak ini berwarna biru salji sebagai latar belakang kepada bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi yang berada dalam kedudukan 1/4 dari sempadan atas dan sempadan bawah petak utama. Bahagian lain dalam bendera ini terbahagi kepada tiga jalur warna melintang yang mana jalur yang paling bawah memenuhi kaki bendera. Jalur paling atas berwarna biru zirkon, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili.
Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, putih melambangkan kemurnian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Warna biru salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara warna nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.
Lima jenis warna itu melambangkan lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri ini dan bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.

>73,710 kn persegi luasnya. Gunung yang tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu terletak di Sabah. Ibu kota terletak di Kota Kinabalu. Terbahagi kepada 5 daerah iaitu Kudat, Sandakan, Tawau, Pantai Barat dan Pedalaman.

LAMABANG NEGERI SABAH



Lambang Negeri Sabah terdiri dari dua bahagian iaitu atas yang berupa dua lengan berwarna kuning sedang menjulang Bendera Negeri yang terletak di atas satu susunan lima warna Negeri iaitu biru zirkon, merah cili, putih, biru salji dan nilakandi. Di bawahnya iaitu tubuh utama lambang ini yang berbentuk sebuah


SARAWAK BUMI KENYALANG
Bendera Negeri Sarawak




Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh.
Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.
Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis.
Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat perjuangan kita untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.


>Negeri yang terbesar di Malaysia. Luasnya kira-kira 131,598 km persegi. Sungai yang terpanjang di Malaysia terdapat di negeri ini. Terbahadi kepada 9 daerah iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Bintulu, Kapit, Miri dan Limbang. Ibu kotanya di Kuching.

LAMBANG NEGERI SARAWAK



Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang: terbang tinggi dengan aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya usaha, berpandukan ideologi "politik pembangunan". Lencana negeri ini juga boleh membezakan keunggulan Sarawak daripada negeri-negeri lain di dunia.


No comments:

Post a Comment