1 SEMESTA
1 MALAYSIA
Majlis perasmian bermula dengan paluan kompang oleh pasukan kompang SEMESTA dan telah disambut oleh Ketua pelajar bagi mengiringi ketibaan Yang Berhormat.
Seterusnya perbarisan telah diadakan. Semua pelajar telah memberikan kerjasama yang baik. Setiap unit beruniform telah menghantar wakil bagi menyertai perbarisan kawad kaki yang telah menunujukkan sikap perpaduan yang sangat baik.
Guru Penolong Kanan 1 telah memberikan ucapan kepada para pelajar diikuti dengan ucapan dari Yang Berhormat. Ucapan yang diberikan sangat bermakna dan telah meninggalkan kesan yang mendalam ke dalam hati para pelajar. Ucapannya yang penuh semangat sambil diselang-selikan dengan jenaka berkaitan sejarah Malaysia telah membuka mata setiap pelajar tentang jerih perih nenek moyang kita dahulu bagi mencapai kemerdekaan. Ternyata semua pelajar dan para guru kagum dengan apa yang disampaikan oleh Yang Berhormat.Yang berhormat seterusnya telah merasmikan sambutan kemerdekaan di Sekolah Menegah Sains Tengku Abdullah, Raub.
Majlis juga telah diserikan lagi dengan persembahan koir oleh pelajar tingkatan empat dan persembahan sketsa oleh pelajar.
Sambutan telah dimeriahkan dengan permainan Teng teng bagi pelajar perempuan dan permainan Bola Kampung untuk pelajar lelaki pada hari pertama. Antara objektif permainan ini adalah bagi mengenang permainan tradisional dulu-dulu yang kini telah dilupakan sedikit demi sedikit. Jadi, dengan adanya permainan ini, maka pelajar dapat mengenal permainan permainan yang pernah dimainkan nenek moyang mereka dahulu. Selain itu, permainan ini juga dapat memupuk sikap bersaing dan mengeratkan silaturrahim seterusnya mengukuhkan perpaduan antara semua pelajar.
Pada 20 Ogos pula, para pelajar disajikan dengan permainan Kavadi iaitu sejenis permainan orang India yang sangat memerlukan kerjasama dari semua rakan perjuangan dalam permainan ini. Permainan ini sangat memerlukan ketahanan fizikal dan mental. Simbolik dari permainan ini ialah permainan ini menunjukkan orang orang india mempunyai nafas yang sangat panjang. Selain itu, pelajar yang bukan berbangsa india juga dapat mengenali permainan ini dengan lebih baik
Antara acara yang diadakan juga ialah permainan Dam cina, sketsa yang bertemakan KEMERDEKAAN, pertandingan koir yang juga bertemakan kemerdekaan, pertandingan blok yang paling patriotik dan macam-macam lagi. Hanya satu tujuan pertandingan ini diadakan, tentulah bagi para pelajar generasi kini mengenal budaya-budaya nenek moyang kita dahulu