
1 SEMESTA
1 MALAYSIA



Majlis perasmian bermula dengan paluan kompang oleh pasukan kompang SEMESTA dan telah disambut oleh Ketua pelajar bagi mengiringi ketibaan Yang Berhormat.
Seterusnya perbarisan telah diadakan. Semua pelajar telah memberikan kerjasama yang baik. Setiap unit beruniform telah menghantar wakil bagi menyertai perbarisan kawad kaki yang telah menunujukkan sikap perpaduan yang sangat baik.
Guru Penolong Kanan 1 telah memberikan ucapan kepada para pelajar diikuti dengan ucapan dari Yang Berhormat. Ucapan yang diberikan sangat bermakna dan telah meninggalkan kesan yang mendalam ke dalam hati para pelajar. Ucapannya yang penuh semangat sambil diselang-selikan dengan jenaka berkaitan sejarah Malaysia telah membuka mata setiap pelajar tentang jerih perih nenek moyang kita dahulu bagi mencapai kemerdekaan. Ternyata semua pelajar dan para guru kagum dengan apa yang disampaikan oleh Yang Berhormat.Yang berhormat seterusnya telah merasmikan sambutan kemerdekaan di Sekolah Menegah Sains Tengku Abdullah, Raub.
Majlis juga telah diserikan lagi dengan persembahan koir oleh pelajar tingkatan empat dan persembahan sketsa oleh pelajar.
Sambutan telah dimeriahkan dengan permainan Teng teng bagi pelajar perempuan dan permainan Bola Kampung untuk pelajar lelaki pada hari pertama. Antara objektif permainan ini adalah bagi mengenang permainan tradisional dulu-dulu yang kini telah dilupakan sedikit demi sedikit. Jadi, dengan adanya permainan ini, maka pelajar dapat mengenal permainan permainan yang pernah dimainkan nenek moyang mereka dahulu. Selain itu, permainan ini juga dapat memupuk sikap bersaing dan mengeratkan silaturrahim seterusnya mengukuhkan perpaduan antara semua pelajar.
Pada 20 Ogos pula, para pelajar disajikan dengan permainan Kavadi iaitu sejenis permainan orang India yang sangat memerlukan kerjasama dari semua rakan perjuangan dalam permainan ini. Permainan ini sangat memerlukan ketahanan fizikal dan mental. Simbolik dari permainan ini ialah permainan ini menunjukkan orang orang india mempunyai nafas yang sangat panjang. Selain itu, pelajar yang bukan berbangsa india juga dapat mengenali permainan ini dengan lebih baik
Antara acara yang diadakan juga ialah permainan Dam cina, sketsa yang bertemakan KEMERDEKAAN, pertandingan koir yang juga bertemakan kemerdekaan, pertandingan blok yang paling patriotik dan macam-macam lagi. Hanya satu tujuan pertandingan ini diadakan, tentulah bagi para pelajar generasi kini mengenal budaya-budaya nenek moyang kita dahulu
Make your own Glitter Graphics

Tun Razak menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan parti memerintah, Parti Perikatan. Beliau telah berjaya menambah bilangan ahli parti dan menjana perpaduan untuk membentuk ketahanan nasional melalui kestabilan politik.
Tun Abdul Razak dikenali sebagai Bapa Pembangunan bagi menghargai segala sumbangannya di dalam pembangunan kebangsaan dan luar bandar.Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan seorang negarawan yang telah mengabadikan kehidupannya untuk kemakmuran dan kemajuan rakyat serta negara Malaysia. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein lebih dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia oleh rakyat yang menyanjunginya yang juga mengenali beliau sebagai Tun Razak. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang pada tanggal 11 Mac 1922. Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berkhidmat menggantikan Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein meninggal dunia sewaktu masih berkhidmat sebagai Perdana Menteri pada 14 Januari 1976.
Asal Usul
Pendidikan awal Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein di Sekolah Melayu Kampung Jambu Langgar memberikan kesedaran tentang kehidupan masyarakat Melayu yang dirundung masalah kemiskinan. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein terpaksa berulang-alik ke sekolah yang jaraknya lebih kurang 4 batu dari rumahnya. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein meneruskan pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan kemudiannya di Raffles Kolej, Singapura. Perang Dunia ke 2 menyebabkan pendidikan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Lantaran itu, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein menyertai Angkatan 136 (Force 136), sebuah unit elit tentera bersekutu yang dipayung terjunkan ke Malaya untuk mensabotaj tentera Jepun, dan menjawat jawatan sebagai Kapten Pasukan Wataniah ketika Jepun menyerah.
Pada tahun 1947, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dikurniakan biasiswa oleh Kerajaan Kolonial sebagai balasan jasa-jasanya untuk melanjutkan pengajian di bidang undang-undang di England. Pada tahun 1950, beliau menerima Degree of an Utter Barrister daripada Lincoln's Inn dan menjadi seorang peguam yang berkaliber pada tahun 1950. Sewaktu di England, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah salah seorang `King's Scolar'. Semasa menuntut lagi, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah menunjukkan kebolehannya untuk memimpin dan meraih sokongan orang lain. Beliau telah menubuhkan Malayan Forum yang dipengaruhi oleh Parti Buruh British dengan tujuan untuk memberi kesedaran politik kepada anak-anak Persekutuan Tanah Melayu. Selain itu, beliau juga menganggotai Persatuan Fabian dan Malayan Student's Union.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein sememangnya seorang yang cerdas, dalam masa 18 bulan sahaja Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein menamatkan pengajian undang-undangnya dan dalam masa yang sama Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein aktif sebagai pemimpin pelajar serta menubuhkan 'Forum Tanah Melayu', sebuah persatuan yang menyemaikan semangat Kemerdekaan Tanah Melayu.
Di England jugalah Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berkenalan dengan Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj dan mereka menjadi rakan karib. Sekembalinya dari England, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein menggantikan bapanya yang telah meninggal dunia sebagai Orang Kaya Indera Shahbandar. Pada masa yang sama, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein memulakan perkhidmatan dalam Malay Civil Service. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mula melibatkan diri dalam politik tanah air pada tahun 1950 apabila Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO setelah hanya empat bulan menyertainya. Pada tahun 1951allAllahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dipilih sebagai Timbalan Yang DiPertua UMNO. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein bertanggungjawab membawa Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj menjadi pemimpin tertinggi Umno dengan mengenepikan dirinya sendiri.
Kerjaya perkhidmatan awam Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein bermula pada tahun 1952 dengan perlantikannya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Pada Februari 1955 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilantik sebagai Menteri Besar Pahang. Pada Jun 1955 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mengorbankan jawatannya dalam kerajaan dan bertanding dalam Pilihan raya Persekutuan atas tiket Perikatan. Berkat sokongan masyarakat, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein memenangi kerusi Majlis Undangan Persekutuan Kawasan Semantan.
Kemenangan Perikatan menampilkan penglibatannya dalam kabinet apabila Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilantik sebagai Menteri Pelajaran, Persekutuan Tanah Melayu pada 9 Ogos 1955. Sumbangannya yang terpenting sebagai Menteri Pelajaran ialah memperkenalkan 'Penyata Razak' yang intipatinya ialah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam usaha mewujudkan sebuah bangsa yang bersatu padu. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mengahwini Toh Puan Rahah dan anak sulung Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein ialah Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Peranan Dan Sumbangan
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berperanan dalam membentukkan Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati di peringkat antarabangsa. Khidmat dan bakti kepada masyarakat dan negara diberi keutamaan. Tindakan pertama Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein sebagai Menteri Pelajaran adalah merombakkan sistem pelajaran penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mendapati sekolah-sekolah Melayu serta sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diberi sebarang kelebihan. Hasil usaha Tun Abdul Razak, melalui Penyata Razak 1956, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berjaya menyatupadukan sistem pelajaran untuk membina satu bangsa yang bersatu padu dengan harapan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan akan menjadi bahasa penghantar utama. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga merupakan salah seorang ahli Parti Perikatan yang telah ke London bersama rombongan kemerdekaan dan pulang membawa kejayaan.
Apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein memegang portfolio Kementerian Pertahanan pula pada tahun 1957. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein membawa perubahan kepada Angkatan Tentera dengan melengkapkannya dengan senjata yang moden dan cekap. Sebagai Menteri Pertahanan, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein yang mempunyai pengalaman dalam peperangan gerila dan mengenali taktik pengganas komunis telah melancarkan gerakan anti-komunis dengan jayanya sehingga 'darurat', iaitu satu tempoh 12 tahun memerangi pengganas komunis disytiharkan tamat pada tahun 1960. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga melancarkan Relawan Rakyat (RELA) dan skim Rukun Tentera untuk menjamin keselamatan rakyat.
Setelah berjaya menangani 'masalah perang dengan komunis' ketika darurat, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein kemudiannya diberikan satu tugas yang lebih penting iaitu 'mengisi keamanan dengan pembangunan' apabila dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar. Selama 10 tahun memegang potfolio itu, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah berjaya membasmi buta huruf di kalangan tiga juta rakyat.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga merangka program pembangunan luar bandar dengan menangani masalah kemiskinan apabila menitik beratkan penambahan prasarana asas luar bandar serta mempertingkatkan produktiviti pertanian. Sebanyak tiga juta ekar padi, kelapa dan pelbagai tanaman lain diberikan kemudahan tali air manakala 800 000 ekar hutan telah dibuka untuk pembangunan. Kejayaan yang dicapainya termasuk merangka satu dasar pembangunan yang meliputi setiap keperluan negara, yang dikenali sebagai 'Buku Merah'.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga bertanggungjawab menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan parti memerintah, Parti Perikatan. Beliau telah berjaya menambah bilangan ahli parti dan menjana perpaduan untuk membentuk ketahanan nasional melalui kestabilan politik.
Keistimewaan
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang peka terhadap masalah-masalah yang dialami rakyat negara ini. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein seorang pemimpin yang mencintai keamanan danembangunan. Kepimpinan Tun Abdul Razaklah yang mengasaskan perancangan yang sistematik dan teliti melalui sistem `Bilik Gerakan'. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah salah seorang tokoh tanah air yang telah berbakti dalam bidang pendidikan, pembangunan, pertahanan dan sosio ekonomi. Pelbagai kurniaan dan darjah kebesaran dicurahkan kepada Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein di dalam dan luar negara sebagai tanda aprisiasi perkhidmatan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein kepada pembangunan bangsa dan negara sehingga menyandang gelaran Bapa Pembangunan Malaysia.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein meninggal dunia pada 14 Januari 1976 di London kerana penyakit leukemia dan digantikan oleh Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang berjiwa besar dan seorang negarawan yang ulung dan setia. Rakyat Malaysia haruslah berbangga kerana negara melahirkan seorang pemimpin sepertinya yang berjaya mengisi Kemerdekaan dengan pembangunan yang sejati. Allahyaraham Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein telah disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Pemergian Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein merupakan satu kehilangan besar bagi seluruh rakyat Malaysia.
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn (Tun Hussein Onn)
Penyambung Warisan Yang Terbilang

era
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn adalah anakanda kepada Allahyaraham Dato' Onn bin Jaafar yang memimpin ke arah penubuhan UMNO, malah Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn sendiri adalah salah seorang pengasas UMNO. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dilahirkan pada 12 Februari 1922 di Johor Bahru dan merupakan cahayamata kepada Dato Onn Jaafar dan Datin Halimah Hussein. Setelah berkhidmat selama hampir 5 tahun sebagai Perdana Menteri yang ke 3, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn meletakkan jawatan atas sebab-sebab kesihatan. Pada 29 Mei 1990, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn meninggal dunia dan disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Asal Usul
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn menerima pendidikan awal di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahr u. Malangnya pendidikan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn tidak dapat diteruskan selepas menamatkan Senior Cambridge kerana meletusnya Perang Dunia ke II. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn terus menyertai Pasukan Tentera Johor (Johor Military Forces) dan menjalani latihannya di Maktab Tentera Sandhurst di Dehra Dun, India dan setelah ditauliahkan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn menyertai Regimen Hyderabad ke 19. Perkhidmatan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn sebagai Kapten tentera membawa beliau ke Mesir, Syria, Palestine, Iran dan Iraq.
Bermula tahun 1942 Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn terlibat secara aktif dalam peperangan di Mesir, Syria, Palestin dan Iraq. Apabila Perang Dunia Kedua meletus di rantau Asia, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn ditempatkan di Cawangan Perisikan Ibu Pejabat Tentera British, India di New Delhi.
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn kemudiannya dipinjamkan ke unit pengambilan orang-orang baru dan melatih para pejuang bawah tanah Malaya menentang tentera Jepun yang menawan Malaya. Dari Madras Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn merancang dan menggerakkan operasi peperangan gerila terhadap Jepun.
Apabila Perang Dunia Kedua tamat pada tahun 1945, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn kembali ke Tanah Melayu dan memulakan tugasnya sebagai Pemerintah Polis Depot, di Johor Bahru. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn kemudiannya bersara dari perkhidmatan ketenteraan dengan berpangkat kapten, satu pencapaian yang cukup cemerlang bagi seorang bumiputera semasa penjajahan British. Selama 6 tahun berkhidmat dalam tentera, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dikenali sebagai seorang yang berdisiplin dan menepati masa.
Tun Dr.Mahathir Mohamad
bapa pemodenan malaysia
elajaran, aktif dalam sukan ragbi dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar lain. Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dr. Mahathir telah memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga telah memberikan khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis. Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward VII Collage of Medicene berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masing-masing. Hubungan erat yang terjalin semasa di Singapura telah diakrabkan lagi setelah kedua-duanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Ogos 1956. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahayamata iaitu Marina (kini Datin Paduka Marina), Mirzan, Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani), Mukriz ( kini Datuk Mukriz), Maizura dan Mazhar. Pada tahun 1957, setelah tamat kontraknya dengan kerajaan, Dr. Mahathir dengan bantuan dan kerjasama Dr. Siti Hasmah telah membuka klinik persendirian yang bernama Klinik MAHA, di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Klinik MAHA merupakan klinik Melayu pertama di Negeri Kedah. Selain daripada perkhidmatan perubatan, klinik MAHA juga telah menjadi pentas untuk beliau menjalankan aktiviti-aktiviti perkhidmatan komuniti setempat. Keperihatinan beliau terhadap masalah ekonomi dan politik Melayu telah diluahkan dalam bentuk rencana-rencana yang diterbitkan oleh Sunday Times di bawah nama pena 'C.H.E Det' antara tahun 1946-1950. Penulisan merupakan satu dari minat Dr. Mahathir hinggalah ke hari ini. Pada tahun 1945, semasa beliau masih dibangku sekolah, Dr. Mahathir telah menjadi penyunting Darulaman, majalah rasmi keluaran Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau juga berkhidmat sebagai penyunting sebuah majalah yang diterbitkan oleh kolej perubatan di mana beliau menuntut. Kegigihan dan semangat untuk menyuarakan pendapat melalui penulisan telah menyebabkan beliau menghasilkan pelbagai jenis penerbitan termasuklah buku "Dilema Melayu" yang diterbitkan dalam tahun 1970. Selain daripada menulis, Dr. Mahathir juga merupakan seorang yang rajin membaca dan berpegang tuguh kepada prinsip bahawa pembelajaran adalah proses seumur hidup. Tuntutan profesional dan politik juga tidak menghalang beliau untuk menjadikan seni pertukangan kayu sebagai satu hobi. Dr. Mahathir dikenali sebagai seorang yang kreatif dan pernah mengikuti kursus pertukangan kayu di Great Britain untuk mempertingkatkan tahap kemahiran beliau. Dalam tahun 1989, berdasarkan minat yang berterusan dalam bidang ini, Dr. Mahathir telah dianugerahkan Honorary Freedom of the Worshipful Company of Carpenters oleh British Carpenters Society. Penglibatan Dr. Mahathir di dalam arena politik tidak begitu ketara dalam tahun-tahun 1950an disebabkan beliau masih menuntut di Universiti. Walau bagaimanapun, beliau terus menulis esei dan komentar mengenai isu-isu sosio-politik negara di akhbar The Straits Times. Perletakan jawatan sebagai doktor kerajaan pada tahun 1957 telah membolehkan Dr. Mahathir bergiat semula didalam bidang politik. Beliau telah dipilih untuk bertanding pada pilihanraya negeri tahun 1959, tetapi menolaknya. Semasa pilihanraya umum tahun 1964, Dr.Mahathir diberi kepercayaan menjadi calon dan seterusnya berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Setar di atas tiket Parti Perikatan. Bermula dari sinilah beliau menempa nama di kalangan masyarakat dan senario politik negara. Selepas memenangi pilihan raya umum pada tahun 1964, Dr. Mahathir dilantik sebagai Ahli Parlimen. Bagaimanapun, beliau hilang kerusi pilihan raya umum berikutnya iaitu pada tahun 1969. Kecenderungan dan minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan membolehkan beliau dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi yang pertama tahun 1968, Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Tinggi pada tahun 1972, Member Of the University Court and University of Malaya council serta Chairman of the National University Council pada tahun 1974. Dr. Mahathir dilantik sebagai Senator pada tahun 1974. Beliau melepaskan jawatan ini untuk membolehkannya bertanding pada pilihan raya umum tahun 1974 yang mana beliau menang tanpa bertanding.
Kementerian Pendidikan. Kemenangan beliau di dalam pertandingan kerusi Naib Presiden dalam Perhimpunan Agong UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) tahun 1975 telah menyumbang kepada kejayaan politik beliau. Berikutan kembalinya Tun Abdul Razak ke Rahmatullah dan perlantikan Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-3 dan Presiden UMNO, Dr. Mahathir telah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dimasa yang sama menjadi Timbalan Presiden Parti. Daripada jawatan Menteri Pendidikan, Dr. Mahathir berpindah ke Kementerian Perdagangan dan Industri dalam tahun 1978. Beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Kabinet dimana beliau tidak putus-putus menggalakkan perdagangan dan pelaburan asing. Kemenangan Dr. Mahathir dalam pilihanraya umum tahun 1978 telah membolehkan beliau mengekalkan jawatannya di dalam kabinet dan parti. Akhirnya, pada 16 Julai 1981 berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun. Dr. Mahathir digelar "Bapa Pemodenan Malaysia" dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003. Sepanjang 22 tahun beliau memegang jawatan pentadbiran tertinggi negara, banyak kemajuan dan pembangunan yang telah beliau rancang dan laksanakan. Walaupun kadangkala cetusan idea dan wawasan beliau kurang difahami, namun hakikatnya beliau merupakan seorang yang berpandangan jauh dan terkehadapan, malah lebih jauh daripada pemikiran orang Melayu khususnya. Pada tahun 1997, majalah Asiaweek telah menamakan Dr.Mahathir sebagai antara 50 individu yang paling berkuasa di Asia, dimana beliau menduduki tempat kedua dalam senarai yang dikeluarkan oleh majalah tersebut. Penamaan beliau memang tepat kerana ekonomi dunia ketika itu berada dalam kegawatan manakala krisis matawang melanda kebanyakan negara di dunia terutamanya negara-negara di Asia seperti Indonesia, Thailand dan Filipina. Dr. Mahathir berjaya mengawal kegawatan ekonomi dengan menambat ringgit kepada dollar Amerika, satu pendekatan yang mendapat kritikan hebat pada mulanya oleh badan kewangan dunia seperti Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF). Terbukti kesannya, Malaysia adalah satu-satunya negara yang berjaya melepaskan diri daripada belenggu kegawatan tersebut tanpa perlu 'mengikat diri' kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh IMF seperti yang berlaku kepada negara-negara lain di Asia. Malah, Pengurus Besar IMF, Horst Kohler, pernah memuji tindakan yang diambil Dr. Mahathir dalam mengawal matawang negara. Kedudukan beliau sebagai Chief Executive Officer (CEO) Malaysia adalah sesuai dan tepat dengan visi yang beliau rancang dan sasarkan. Dr. Mahathir telah mengubah sektor ekonomi asas negara daripada sebuah negara yang berasaskan pertanian kepada sebuah negara berasaskan perindustrian. Detik-detik awal beliau diamanahkan menjadi Perdana Menteri Malaysia, sektor ekonomi negara pada ketika itu banyak bergantung kepada bahan komoditi utama seperti getah, kelapa sawit, timah dan industri petroleum yang masih lagi diusahakan secara kecil-kecilan. Memandangkan komoditi tidak dapat membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, maka pada awal tahun 1980-an Dr. Mahathir telah membuat keputusan untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara dan sekaligus mengurangkan pergantungan terhadap bahan komoditi. Keputusan yang beliau ambil adalah tepat kerana pada pertengahan tahun 1980-an, harga bahan-bahan komoditi jatuh dengan teruk. Hal ini ditambah pula dengan peningkatan harga matawang Yen yang menyebabkan berlaku kegawatan ekonomi selama beberapa tahun. Kini, kebergantungan ekonomi negara terhadap bidang perindustrian begitu ketara apabila sektor perkilangan membentuk 30% daripada asas ekonomi negara manakala sektor pertanian menurun kepada 8% sahaja berbanding 23% kira-kira 22 tahun lalu. Dr. Mahathir telah memperkenalkan dasar Persyarikatan Malaysia iaitu suatu dasar dimana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyatnya sebagai pekerja dan pemegang saham. Beberapa agensi kerajaan telah diswastakan untuk meringankan bebebanan kewangan dan kerajaan. Dimasa pentadbirannya banyak syarikat-syarikat utiliti seperti Lembaga Letrik Negara, Jabatan Telekom dan sebagainya, telah disenaraikan sebagai korporat awam. Persyarikatan Malaysia telah berjaya meningkatkan prestasi, daya pengeluaran serta imej negara. Di antara langkah-langkah lain, ialah peningkatan pembagunan industri berat dan yang penting juga pertukaran teknologi asing kepada teknokrat Malaysia. Salah satu kejayaan didalam gerakan ini ialah penubuhan industri otomatif negara, yang menunjukkan kereta-kereta dan motosikal nasional adalah yang terlaris di Malaysia. Persyarikatan juga bertujuan menjana kerjasama dan bekerja sebagai rakan kongsi antara sektor awam. Dr. Mahathir juga meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera dan beberapa saham amanah dalam porfolio PNB. Dalam usaha melakar nama negara di arena antarabangsa, pelbagai projek gergasi telah diilhamkan oleh Dr. Mahathir. Antara yang terawal ketika beliau baru memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ialah projek pengeluaran kereta proton melalui HICOM (Heavy Industries Corporation of Malaysia). Walaupun projek beliau ini dianggap agak keterlaluan memandangkan negara ketika itu masih muda dalam projek pembuatan kereta nasional namun negara kita boleh berbangga kerana projek ini begitu berjaya sehingga mampu bersaing dengan pengeluar kereta lain di seluruh dunia. Sebagai orang yang memegang tampuk tertinggi pengurusan negara, masalah kewangan sering menjadi perhatian beliau dan antara tugas penting beliau adalah memastikan perbelanjaan kewangan negara berada dalam keadaan terkawal. Dasar penswastaan negara ialah contoh pengurusan kewangan beliau yang agak memberangsangkan walaupun mencetus kontroversi di awal perlaksanaannya. Dasar yang diperkenalkan di penghujung tahun 1980-an ini bertujuan mengurangkan perbelanjaan oleh pihak kerajaan di samping memberi perkhidmatan yang lebih baik. Walau banyak pihak mempersoalkan dasar ini, disebabkan terdapat tuduhan berlaku sikap pilih kasih terhadap syarikat yang ditawarkan projek-projek kerajaan, namun lebih ramai orang dapat menikmati hasil yang lebih baik daripada dasar yang dibuat ini. Selain itu, dasar ini juga membawa perubahan yang sangat besar terutamanya dalam bidang teknologi kerana pihak-pihak yang terbabit perlu mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi untuk memastikan perkhidmatan yang ditawarkan murah tetapi bermutu tinggi. Kebijaksanaan Tun Dr. Mahathir dalam mengurus 'perniagaan' sememangnya sesuatu yang semula jadi kerana beliau pernah menjadi usahawan muda di Pekan Rabu, Alor Setar semasa masih berada di alam persekolahan. Selain projek kereta nasional, satu lagi projek besar (mega project) yang beliau cetus ialah Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC). Projek ini ilhamkan dan direalisasikan memandangkan Dr. Mahathir telah sedar akan peri pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia perdagangan masa kini dan masa depan. Projek-projek besar yang dibangunkan dan direalisasikan semasa beliau menjadi 'CEO' Malaysia antaranya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Stadium Nasional Jalil, Litar Antarabangsa Sepang, tempat perlumbaan sukan permotoran berprestij, Formula One dan Menara Berkembar Petronas. Projek-projek ini secara tidak langsung berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun yang dikenali dunia. Malah corak pentadbiran dan ketegasan yang ditunjukkan oleh Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri menyebabkan negara ini disegani dunia.
Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia. Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir dapat kita lihat berada di mana sahaja.
berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Dato’ Seri Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha di Kementerian yang sama pada tahun 1974. Dato' Seri Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964. Beliau mula bergerak aktif dalam arena politik setelah dipilih menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas pada tahun 1978 dan beliau berjaya mengekalkan kerusi parlimen tersebut sehingga kini. Beliau adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO semenjak 1981. Dato' Seri Abdullah telah dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987 dan 1990, dan dipilih semula untuk jawatan tersebut pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000, Dato' Seri Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000 - 2003.
Sejak menjadi perdana menteri, Abdullah telah berjanji mengetatkan kawalan rasuah
Abdullah juga mengemukakan Islam Hadhari, satu tafsiran Islam yang mengatakan bahawa perkembangan ekonomi dan teknologi adalah secocok dengan ajaran Islam. Selain itu, pentadbirannya menumpukan pemulihan sektor pertanian Malaysia. Pada 10 September 2004, Abdullah, sebagai Menteri Kewangan, mengemukakan belanjawan sulungnya yang dianggap oleh orang ramai sebagai berorientasi pengukuhan dan penyelenggaraan berbanding dasar pertumbuhan yang ditekankan oleh Dr Mahathir.Abdullah juga terkenal kerana menekankan keselamatan dalam negeri, selepas menyaksikan pertumbuhan amalan rasuah seperti penyogokan dalam pasukan polis. dengan memberikan lebih kuasa kepada agensi-agensi pencegah rasuah serta memudahkan rakyat untuk mendedahkan amalan rasuah kepada pihak berkuasa. Beliau juga membuat tuduhan rasuah ke atas beberapa tokoh masyarakat dari zaman Mahathir, satu tindakan yang dipuji oleh orang ramai.
Dikenali dalam lingkungan orang Melayu di Malaysia sebagai Pak Lah (singkatan untuk "Pak Cik Abdullah"), kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa Abdullah harus tidak dirujuk dengan nama panggilannya dalam dokumen rasmi serta dalam surat khabar; bagaimanapun, nama panggilan tersebut masih boleh digunakan secara tidak rasmi. Sebenarnya, Abdullah sering menggunakan nama panggilan itu untuk merujuk kepada diri sendiri dalam perhimpunan awam. Sejak menjadi Perdana Menteri, Abdullah telah menjawat jawatan pengerusi untuk Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Bermula dari 2005, beliau juga menjadi pengerusi untuk ASEAN.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 yang merupakan pilihan raya sulung Abdullah sejak menjadi Perdana Menteri, beliau mencapai kemenangan besar untuk Barisan Nasional, parti campurannya, dengan pencapaian 198 daripada 220 kerusi di Parlimen. Di Terengganu, partinya menewaskan PAS yang merupakan kerajaan negeri itu serta hampir-hampir menawan kubu PAS di Kelantan. Kemenangan ini dianggap secara meluas sebagai tanda berkenan kepada visi Islam yang sederhana berbanding fundamentalisme agama serta sokongan kepada dasar-dasar pencegah rasuahnya.Pada September 2004, sewaktu dilepaskan dari penjara, bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang telah dikurung oleh bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir, memuji Abdullah di khalayak ramai kerana tidak campur tangan sewaktu mahkamah mengubah keputusan tentang sabitan liwatnya.Selepas kecemerlangan besar dalam penggal pertama beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia apabila menyapu banyak kerusi pada Pilihanraya Umum Malaysia 2004, beliau menerima tamparan dan ujian hebat apabila Barisan Nasional yang diketuainya pada Pilihan raya umum Malaysia 2008 telah gagal mempertahankan majoriti 2/3 kerusi Parlimen dan kehilangan kuasa pemerintahan di 4 buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, dan Perak kepada parti pembangkang serta sekali lagi gagal merampas balik kuasa di Kelantan dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008. Oleh ini, bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohammad berpendapat bahawa Abdullah harus mempertimbangkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah kegagalan besar Barisan Nasional dalam pilihanraya tersebut.
keistimewaan
Dato' Seri Abdullah pernah memegang jawatan-jawatan penting dalam beberapa kementerian. Beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1978-80), Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81),
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84), Menteri Pelajaran (1984-86) dan Menteri Pertahanan (1986-87) . Pada 15 Mac 1991, beliau dilantik sebagai Menteri Luar sehingga Januari 1999. Seterusnya, Dato’ Seri Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada Januari 1999, sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri. Selain itu, Dato’ Seri Abdullah juga adalah Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.
Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak
era
Impian sepanjang hayat Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak, ialah satu Malaysia yang bersatu padu, aman dan makmur, dengan peluang yang bukan sedikit untuk semua rakyat.
Sebagai putera kepada Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Allahyarham Tun Abd Razak, Najib dilahirkan di tengah-tengah gelanggang politik. Najib membesar dengan memerhatikan bapanya serta memahami kehendak politik arus perdana. Beliau sentiasa mengerti bahawa bila sampai waktunya beliau juga mahu berbakti kepada masyarakat dan negara. Namun pemergian bapanya pada ketika yang tidak dijangka, 14 Januari 1976, ketika menjejaki usia 54 tahun, telah menyorongkan Najib ke hadapan sehingga menjadi tumpuan utama. Lima minggu selepas pemergian bapanya, pada usia 22 tahun, Najib telah terpilih untuk mengisi kekosongan kerusi Parlimen Pekan, menjadikan beliau Ahli Parlimen yang paling muda dalam sejarah Malaysia. Pada 2004, beliau telah menyandang jawatan kedua tertinggi dalam negara sebagai Timbalan Perdana Menteri, 47 tahun setelah bapanya dilantik ke jawatan yang sama.
asal usul
perbezaan yang serius antara bekas Menteri Besar dan Sultan Pahang. Tetapi Najib bukan sahaja sebutir bintang yang sedang bergemerlapan, beliau juga ialah salah seorang daripada Pembesar Berempat Istana Pahang (kerana mewarisi gelaran turun temurun sebagai Orang Kaya Indera Shahbandar). Dengan yang demikian diterima dengan tangan terbuka oleh pihak Istana. Krisis yang melanda itu dengan cepat dapat diredakan, memastikan perpaduan dalam UMNO Pahang. Selanjutnya Najib memulakan langkah untuk mengukuhkan pendidikan di dalam negeri.
peranan dan sumbangan
Pada 1992 Najib telah memainkan peranan utama dalam penubuhan Yayasan Pahang, sebuah yayasan yang membaktikan kepada penggalakan pendidikan dan sukan di kalangan belia Pahang melalui biasiswa dan pembiayaan. Najib telah memperkukuh perusahaan negeri untuk memaksimumkan pendapatan daripada sumber kekayaan semula jadi negeri Pahang. Dengan kerjasama FELDA, Perbadanan Pembangunan Tanah Persekutuan, beliau telah merintis jalan kepada pembentukan skim penempatan tanah baru, memberikan peluang-peluang pendapatan baru kepada mereka yang tidak mempunyai tanah dan berada dalam kelompok yang berpendapatan rendah.
Dato Sri Mohd Najib mula menyandang jawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO pada 1982, dan naik sebagai ketua pergerakan tersebut pada 1987. Pada 1988, setelah satu pergolakan menguasai parti, satu UMNO baru yang telah disusun semula diwujudkan dan Najib telah dilantik sebagai Ketua Pemuda, jawatan yang disandang beliau sehingga 1993.
Dalam pilihan raya 1986, Najib dikembalikan sebagai Ahli Parlimen kawasan Pekan, dan dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Sebaik sahaja dilantik beliau terus memberikan tumpuan kepada penggalakan sukan dan memperkenalkan Dasar Sukan Negara pada 1988. Pada 1989,
Pada 1991, Dato’ Sri Najib telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Najib telah mencergaskan semula sebuah Kementerian yang dilihat sebagai tidak bermaya dan lembap. Beliau telah memodenkan Angkatan Tentera

keistimewaan
Pada 1999, berikutan pergolakan politik pada tahun sebelumnya, Najib memenangi pemilihan semula kerusi Parlimen Pekan. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan buat kali keduanya dan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memodenkan Angkatan Tentera
Dato’ Sri Najib telah berkahwin dengan YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor, dan bapa kepada
Pada 3hb April 2009, Dato; Sri Mohd Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri